05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Kendiri Pengusaha Kantin

 
28 – 29 September 2015 (Isnin-Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan “Bengkel Kendiri Pengusaha Kantin - Siri 1/2015”. Bengkel ini merupakan projek rintis yang julung kali diadakan untuk pengusaha kantin dan guru-guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.                                                                                 

Objektif penganjuran bengkel ini adalah bertujuan mendidik dan menyedarkan warga sekolah mengenali faktor-faktor menyumbang kepada keracunan makanan dan cara mengelakkannya. Aspek keselamatan penyediaan makanan termasuk kualiti kebersihan premis sangat diberi perhatian kerana  keselamatan makanan dan kebersihan yang berkualiti seiring dengan keutamaan mencari “halalan toyyiban”(halal lagi baik).               

Seramai 45 peserta telah mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Mereka terdiri daripada para pengusaha kantin dan pengendali makanan serta guru-guru bahagian kantin sebagai penyelia yang akan turut memantau pelbagai aspek kualiti makanan dan kebersihan kantin di sekolah.

Para peserta berpeluang melawat premis makanan dan memberikan khidmat nasihat sebagai latihan pemantauan cara pemarkahan yang akan dilaksanakan di sekolah. Antara kantin yang dilawati ialah Kantin SRA Al-Nawawi, Kantin SRA Amru al-Ass, Kantin SRA Raudhatul Muttaqin, Kantin SRA Al-Falahiah dan Kantin SRA Ibnu Qayyim.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Fuad bin Hashim , Pegawai Kesihatan , Pejabat Kesihatan Kepong, Kuala Lumpur. 

 
   
   

Cetak   Emel