05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

EKSPO SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS MASJID NEGARA

 
banner je 

 Kuala Lumpur: Ekspo sempena Sambutan Jubli Emas Masjid Negara telah berlangsung pada 27 – 29 Ogos 2015 hari Khamis hingga Sabtu. Ekspo ini merupakan salah satu aktiviti utama dalam Sambutan Jubli Emas Masjid Negara di samping aktiviti lain seperti Majlis Perasmian Sambutan yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulai Yang diPertuan Agong, Seminar Imam dan sebagainya.  Masa ekspo ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam yang bertempat di pekarangan Masjid Negara. Dianggarkan 15 ribu orang pengunjung yang hadir sepanjang tiga hari Ekspo ini berlangsung.

Terdapat 30 booth pameran yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, ngo dan swasta  antaranya Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Arkib Negara, Bank Negara, Pos Malaysia, Persatuan Fileteli Malaysia, Agensi-agensi  di bawah Menteri di JPM dan Agensi yang memberi perkhidmatan seperti JPN,  Jabatan  Kesihatan, Askar Wataniah, Pusat Darah Negara dan JPJ. 

Manakala terdapat 20  gerai jualan yang melibatkan pelbagai produk antaranya makanan, minuman, kraftangan, buku keagamaan, buku bahasa isyarat, urutan refleksologi dan sebagainya. Pihak- pihak yang terlibat dalam gerai jualan ialah 10 gerai adalah dari kalangan usahawan asnaf, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Msia (PERKUM) dan lain-lain usahawan kecil.

Pelbagai program telah disusun sepanjang ekspo ini berlangsung. Program-program ini dilaksanakan di pentas ekspo. Antara program yang telah disusun dan mendapat sambutan yang memberansangkan dari pengunjungSeperti Slot Reflection bersama Sheikh Dr Muhammad bin Al Yahya, Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam  bersama RTM,  Klinik Agama Bersama  TV al Hijrah, Program Lailatul Quran  yang membariskan Qari dan Qariah dan para Huffaz yang datang dari pelbagai latar belakang untuk mempersembahkan keindahan al-Quran, program Tadabbur Perdana  yang melibatkan 120 Orang pelajar Darul Quran dan Para Imam membacakan Surah Yusuf. Majlis Perasmian Jam Matahari yang telah disempurnakan oleh Ketua  Pengarah  JAKIM.Program Kembara Belia Ke Masjid dan Majlis Perasmian Penutup Eskpo telah dirasmikan oleh Ybrs. Pengarah JAWI. Penyampaian sijil penghargaan telah diberikan kepada semua agensi yang terlibat dengan pameran serta penyampaian hadiah kepada pemenang 3 gerai pameran yang terbaik. Tempat ketiga dimenangi oleh booth pameran  Askar Wataniah, manakala tempat kedua dimenangi oleh booth pameran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan gerai Yayasan Restu mendapat tempat pertama.

je1 je2 
 je8  je5
 je7  je9
je10 je11
je12 je13
 je18  je21

 

 

 

 
 
 

 

 


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, 
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel