05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kem Mumtaz UPKK Zon Putrajaya

 
 

18-20 September 2015 (Jumaat-Ahad) - Badan Kebajikan Guru KAFA, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Putrajaya (BKG) telah menganjurkan program  Kem Mumtaz Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi zon Putrajaya. Program ini telah disertai seramai 305 orang wakil calon UPKK dari 15 buah KAFA di Putrajaya dan 30 orang wakil guru sebagai urusetia program di Impian Country Resort, Batu 14 Hulu Langat Selangor.

Program selama 3 hari 2 malam ini melibatkan beberapa KAFA di sekitar Putrajaya, iaitu KAFA SKPP 8(2) KAFA SKPP 9(2), KAFA SKPP 11(3), dan KAFA Ar-Rahman. Ia bertujuan memberi bimbingan kepada calon-calon peperiksaan UPKK agar lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Slot Muhasabah diri telah disampaikan oleh Gen Alif Consultant dari Kajang Selangor. Manakala aktiviti qiamullail telah diimamkan oleh Ustaz Amrifaiza dari KAFA Putra. Beberapa siri gerak gempur setiap matapelajaran telah disusun bagi tujuan latih tubi. Matapelajaran Bahasa Arab telah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Mohamad dari Zon 4, diikuti oleh Ustazah Jauhariah Yahaya dari Zon 2 untuk matapelajaran Adab dan Akhlak. Manakala Ustazah Najwa Syafiqah dari Zon 3 telah menyampaikan gerak gempur matapelajaran Ulum Syariah. Turut dijadualkan aktiviti outdoor iaitu obstacles dan merentas kaki bukit di resort tersebut.

 
 
 
 

 

Laporan disediakan oleh Bahagian Pelajaran, JAWI

 

 


Cetak   Emel