05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Lawatan Kerja JAWI ke Agensi Berkaunter Jabatan Kerajaan

 kaunter 1 P 20150817 103626
 

17 Ogos 2015M / 2 Zulkaedah 1436H (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Lawatan Kerja JAWI Ke Agensi Berkaunter Jabatan Kerajaan. Program ini diketuai oleh Tn. Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi  JAWI bersama-sama dengan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Pn. Hjh Zaiton binti Abd Rahman. Wakil daripada bahagian-bahagian JAWI turut dijemput bersama dalam program ini  iaitu Pn. Maizura binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Saudara Baru dan En. Mohd Sahirman bin Ahmad Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Saudara Baru mewakili Bahagian Pengurusan Dakwah. Bahagian Pembangunan pula diwakili oleh Pn. Irdawati binti Rejab, Penolong Jurutera Awam dan Pn. Asmanormaria binti Abdul Rahman, Penolong Jurutera. Unit Perhubungan Awam diwakili oleh En. Mohd Mustaqim bin Mohamed, Pembantu Hal Ehwal Islam.

            JAWI telah membuat lawatan Ke Agensi Berkaunter Jabatan Kerajaan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi melihat pengurusan kaunter di jabatan-jabatan tersebut. Selain itu, aspek kemudahan dan penyampaian perkhidmatan juga dilihat bagi menambahbaik dan mempertingkatkan sistem perkhidmatan kaunter di JAWI terutamanya bahagian-bahagian yang mempunyai kaunter pelanggan supaya selaras dengan dasar transfomasi Kerajaan.

            Lawatan yang diadakan ini juga merupakan medium untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan lebih efisen kepada para pelanggan bagi merealisasikan aspirasi negara iaitu ‘’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’’. Dalam pertemuan bersama-sama Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia sedikit sebanyak dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh pasangan-pasangan yang ingin mendaftarkan anak dan memperbaharui passport warga asing yang bernikah di Malaysia kerana perkara tersebut berkait rapat dengan urusan JAWI.

            Semoga Program Lawatan Kerja JAWI Ke Agensi Berkaunter Jabatan Kerajaan dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan jabatan-jabatan tersebut terutamanya Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia disamping dapatan yang diterima boleh diterjemahkan di JAWI bagi memberikan sebuah perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang berurusan di jabatan ini.

kaunter 2 P 20150817 104418 kaunter 3 P 20150817 130657
 kaunter 4 P 20150817 120114  kaunter 5 P 20150817 120105
 kaunter 6 P 20150817 110346  kaunter 7 P 20150817 094453

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel