05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BPPK Ambil Contoh JAIS Dalam Urusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’

 JAIS 1 IMG 1778
7 September 2015M / 23 Zulkaedah 1436H (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Lawatan ke Bahagian Undang-Undang Keluarga(BUUK),Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS).Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dalam urusan pernikahan, perceraian dan ruju’, rundingcara, pembangunan keluarga Islam serta pelaksanaan program dengan pihak JAIS. Rombongan daripada JAWI diketuai oleh Hajjah Zaiton binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan. Seramai lapan orang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam lawatan ini.

Rombongan dari JAWI tiba di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam pada jam 9.15 pagi dan telah disambut oleh pegawai-pegawai BUUK sebelum sesi taklimat bermula. Pertemuan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Ustazah Salwana Binti Ahmad Dahlan yang amat berbesar hati menerima kunjungan daripada BPPK, JAWI. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga telah menyampaikan taklimat berkaitan pentadbiran dan operasi di BUUK, statistik perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di Selangor, serta program-program pemantapan institusi keluarga yang dilaksanakan di Selangor.

BPPK, JAWI dan BUUK, JAIS juga berbincang tentang isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di negeri masing-masing dan mencari penyelesaian bersama bagi isu-isu tersebut. BPPK juga banyak meminta pendapat BUUK dalam hal ehwal perkahwinan, perceraian, dan ruju’ memandangkan JAIS telah melaksanakan prosedur kualiti kerja mengikut standard MS ISO 9001 yang diiktiraf oleh SIRIM dalam kebanyakan prosedur berkaitan perkahwinan, perceraian, dan ruju’.

Rombongan dari JAWI juga dibawa untuk melawat One Stop Center  (OSC) terletak di tingkat 1, Menara Selatan JAIS untuk melihat operasi kaunter di sana. Terdapat banyak aspek pengurusan di JAIS yang boleh dicontohi untuk menambahbaik sistem pengurusan yang sedia ada di BPPK, JAWI.

Semoga pertemuan antara BPPK, JAWI dan BUUK, JAIS memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak disamping dapatan yang diterima boleh diterjemahkan di BPPK, JAWI  bagi memberikan sebuah perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang berurusan di bahagian ini.

 JAIS 2 IMG 1814 JAIS 3 IMG 1817
 JAIS 4 IMG 1822  JAIS 5 IMG 1892

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel