05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam ke JAWI Cawangan Putrajaya

 jawi putrajaya 1-IMG 0395

25 Ogos 2015 / 10 Zulkaedah 1436H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur bersama JAWI Cawangan Putrajaya telah mengaturkan satu perjumpaan antara Ketua Pendaftar, Hajjah Zaiton binti Abd Rahman dengan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam di Putrajaya.

 

Pertemuan rasmi ini diadakan di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Perjumpaan ini bertujuan menyelaraskan pelaksanaan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ antara JAWI Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Selain itu, perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan dan menjelaskan isu-isu berkaitan pernikahan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku di Putrajaya agar tindakan yang selaras dan selari dengan peruntukan akta dapat diambil.

 

 

Dalam pertemuan ini, Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah selaku pegawai penyelia PPNCR telah memberikan taklimat berkaitan bidang tugas PPNCR dan menjelaskan garis panduan yang perlu dipatuhi. Antara langkah awal yang diambil oleh Ketua Pendaftar dalam menangani isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di Putrajaya adalah dengan membuat pembahagian kawasan kepada PPNCR mengikut presint-presint tertentu agar permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan lebih efisien dan berfokus.

 

PPNCR JAWI Cawangan Putrajaya memberikan banyak maklumat dan berkongsi masalah-masalah yang berlaku sepanjang mereka berkhidmat sebagai PPNCR di Putrajaya. Perbicangan dan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku sangat membantu PPNCR dalam menjalankan tugasan dalam lapangan kerja mereka.

 

Lawatan seperti ini akan diadakan secara berkala dari semasa ke semasa kerana segala permasalahan dapat dibincangkan dan ditangani bersama.

jawi putrajaya 2-IMG 0393  jawi putrajaya 3-IMG 0405
 jawi putrajaya 4- IMG 0402  jawi putrajaya 5 - IMG 0396

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel