05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Perkongsian Pengurusan KAFA JAWI - JAIS

 

 
 

9 Sept 2015 (Rabu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan delegasi seramai 6 orang pegawai dari Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diketuai oleh Tuan Hj Asmadi bin Mohd Mustakim, Ketua Sektor Kurikulum. Deligasi itu telah disambut oleh Puan Hajjah Azizah binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran bersama pegawai dan kakitangan yang lain.

 

 

Tujuan pertemuan antara dua jabatan ini adalah untuk berkongsi tentang pengurusan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). KAFA adalah satu usaha menjana modal insan yang berpegang teguh kepada sumber al-Quran dan Sunnah yang dikawal selia oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Walau bagaimanapun pelaksanaan dalam pengurusan KAFA di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai silibus KAFA, pengurusan KAFA di sekolah kebangsaan serta peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

 

Pada tahun 2015, sebanyak 106 KAFA telah berdaftar di JAWI yang menampung  seramai 19,458 orang murid. KAFA adalah satu ruang dan peluang untuk masyakarat memberi pendidikan agama kepada anak-anak mereka. 

 

   
   

Disediakan oleh Bahagian Pelajaran, JAWI


Cetak   Emel