05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Guru KAFA ditambah

 

 

 

14-18 Sept 2015 (Isnin-Jumaat) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan sesi temuduga bagi jawatan sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk keperluan mengisi kekosongan guru di KAFA Wilayah Persekutuan. Seramai 210 orang calon telah hadir ke sesi temuduga tersebut yang telah diadakan di Bahagian Pelajaran, JAWI.

 

Pertambahan jumlah guru KAFA ini adalah disebabkan terdapat pendaftaran baru KAFA di JAWI. Keperluan KAFA sebagai pusat pendidikan agama semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat setempat. JAWI juga amat mengambil berat terhadap usaha membangunkan pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan.

 

Guru adalah sumber utama dalam pendidikan. JAWI  telah melantik seramai 756 orang guru KAFA di Wilayah Persekutuan. Kejayaan dan kemenjadian murid dalam pendidikan bergantung penuh di atas usaha, kredibiliti dan inovasi setiap guru, kerana guru sentiasa dicontohi oleh semua murid.

 

Disediakan oleh:Bahagian Pelajaran, JAWI

 

         

Cetak   Emel