05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengarah JAWI Isytihar Naiktaraf Masjid Muhammadi

 

 1

18 September 2015 (Jumaat). Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Kariah telah mengadakan Majlis Pengisytiharan Surau Muhammadi, Jalan Pantai Dalam, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan di Dewan Solat Utama Masjid telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis  Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Azemi bin Haron, Pengerusi Masjid Muhammadi telah menerima dokumen pengisytiharan daripada YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Naik taraf Surau Muhammadi kepada Masjid ini telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Mesyuarat kali ke-131 pada 23 Mac 2015. Nama Muhammadi ini dikekalkan sehingga dinaiktaraf kepada Masjid Muhammadi adalah kerana memperingati jasa dan sumbangan daripada Allahyarham Tan Sri Mohamed bin Rahmat yang banyak memberi cetusan idea dalam merancang pembangunan surau ini bagi tujuan kemudahan khasnya kepada kakitangan Kementerian Penerangan Malaysia.

Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh YBhg.Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI dengan tajuk ‘Masjid Idaman’. Isi kandungan khutbah yang disampaikan adalah mengingatkan kepentingan pengimarahan masjid dan menjadikan masjid ini suatu tempat perpaduan ummah serta mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Adalah diharapkan masjid ini dapat menjadikan suatu kemudahan bagi kawasan persekitaran dalam menunaikan solat berjemaah tidak tertumpu kepada solat jumaat sahaja selaras dengan peranan yang dimainkan oleh masjid untuk meningkatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

  

2 3
4.jpg 2 5
6 7


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah, 
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel