05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 8
12 SEPTEMBER 2015 : Pusat  Zon 4 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Zon Keramat @ 4 telah menganjurkan program Bimbingan Tambahan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) peringkat Zon 4 JAWI di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.
Seramai 1055 peserta tahun 6 dan ibubapa telah menyertai program ini dengan ceramah, latih tubi dan juga bengkel yang telah diberikan oleh penceramah dan fasilitator yang telah dilantik.  Program ini amat bermakna kepada pelajar kerana ianya memberi  impak yang sangat besar kepada kejayaan murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSRA.
Antara objektif program ini adalah dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar yang menduduki UPSRA peringkat Zon 4, memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persiapan lebih awal secara latih tubi sebelum menduduki peperiksaan serta merapatkan pelajar dan ibubapa dengan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu serta ibadah.
 
Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi Bin Hj Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa.

 

2  4 
 6  7
 3

 5

 

Disediakan oleh :

Pusat Zon 4,

Bahagian Kariah

 

 


Cetak   Emel