05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Solat Jumaat Pertama Di Masjid Talhah Bin Ubaidillah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

 

 1

4 September 2015 (Jumaat). Masjid Talhah bin Ubaidillah telah dibuka secara rasminya dengan perlaksanaan solat jumaat buat kali pertama di Masjid ini. Masjid diberi nama bersempena nama sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Talhah bin Ubaidillah yang terkenal dengan sifat suka bersedekah ke jalan Allah S.W.T sehingga akhir hayat beliau. Masjid ini diletakkan di bawah pejabat pentadbiran Pusat Zon 5, Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI.

 

Hadir sama dalam melaksanakan solat Jumaat tersebut ialah YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI.

 

Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk ‘Masjid Idaman’. Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan, YB. Menteri mengingatkan kepentingan pengimarahan masjid dan menjadikan masjid ini suatu tempat perpaduan ummah serta mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan politik yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Adalah diharapkan masjid ini dapat menjadikan suatu kemudahan bagi kawasan persekitaran dalam menunaikan solat berjemaah tidak tertumpu kepada solat jumaat sahaja. Masjid ini bertindak sebagai one stop centre bagi penduduk sekitar Bukit Jalil untuk menyemarakkan lagi aktiviti–aktiviti keagamaan selaras dengan peranan yang dimainkan oleh masjid untuk meningkatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

  

2 3
7 6
 


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah, 
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel