05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 2

10 September 2015 ( Rabu). Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Taklimat Naik Taraf Surau Jumaat bertempat di bilik Mesyuarat Syura Wawasan, Menara Pusat Islam, JAWI. Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kariah. Turut hadir Penolong Pengarah Kanan dan Penolong Pengarah Pusat Pentadbiran Zon 1,2,3 dan 5.

 

Pada sesi taklimat tersebut, wakil daripada 5 buah Surau Jumaat telah hadir dan mendengar penjelasan berkaitan tindakan yang perlu diambil oleh Jawatankuasa Surau bagi memulakan operasi sebagai sebuah Surau Jumaat. Surau-surau tersebut adalah Madrasah Raudhatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu, Surau Al-Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara, Surau Al-Aslahiyah, Jalan San Peng, Surau Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Surau Khadijah Al-Khuwailid, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. Diakhir Majlis Taklimat tersebut, Ketua Penolong Pengarah telah menyerahkan Surat Kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada Pengerusi Surau Jumaat yang berkenaan

 

  1  3 2
 3  5
   

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Kariah

 

 


Cetak   Emel