05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Diskusi Syariah Siri 2&3

 

 

DISKUSI SYARIAH 1

3 September 2015 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Syariah Siri 2&3 / 2015 yang diadakan di Bilik Latihan (Jejantas), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.

Gabungan siri diskusi ini adalah berkaitan dengan isu semasa syariah masa kini iaitu "Adat & Syariat : Integrasi Islam" dan "Media : Perspektif Agama, Moral, Etika" yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama & Syariah, Puncak Niaga Holding Berhad.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di JAWI dan agensi yang berdekatan seperti Perpustakaan Islam JAKIM, BAKA Cawangan PDRM Bukit Aman, Planetarium Negara, Masjid Negara, YADIM dan JKR Wilayah Persekutuan.

Objektif program ini adalah utuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai isu-isu semasa berkaitan adat dan syariat yang boleh diamalkan supaya tidak bercanggah dengan syariat serta pengaruh media masakini menurut perspektif agama. Konsep diskusi digunakan sebagai memberi peluang kepada peserta menyoal dan mengetengahkan idea seterusnya berinteraksi secara langsung dengan penceramah jemputan. 

 
 DISKUSI SYARIAH 1 DISKUSI SYARIAH 2   
 DISKUSI SYARIAH 4  DISKUSI SYARIAH 5
DISKUSI SYARIAH 3 DISKUSI SYARIAH 6  
 

Disediakan oleh :

Bahagian Penyelidikan,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Cetak   Emel