05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ziarah Dakwah Sempena Hari Kemerdekaan 2015 - Pusrawi

pus1

 

Pada 03 September2015M /  19 Zulkaedah 1436H ( Khamis ), Jabatan  Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program  Ziarah Dakwah Sempena Kemerdekaan 2015, bertempat di Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. ,Kuala Lumpur.

Program ini merupakan aktiviti di bawah anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah ,JAWI.  Program ziarah kali ini turut disertai oleh Pengarah JAWI iaitu Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, di iringi oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah,  pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah.

Kehadiran rombongan telah disambut baik oleh pihak  Hospital Pusrawi  yang diketuai oleh Ustazah Mashitoh binti Mohammad Najib (Pegawai Agama) Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.  Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan  oleh Tuan Hj. Shaari bin Mustafa (Ahli Lembaga Pengarah) wakil dari pihak Hospital Pusrawidan ucapan balas oleh Pengarah JAWI.Disamping menziarahi pesakit, pihak JAWI turut membekalkan buah tangan kepada  pesakit dan sebanyak 6 wad yang  dilawati oleh rombongan JAWI yang dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.

Objektif program ziarah dakwah adalah bagi memenuhi tuntutan Islam iaitu menziarahi pesakit terutamanya yang memerlukan bantuan samada dari aspek fizikal, mental ataupun kerohanian. Melaksanakan tuntutan berdakwah melalui dakwah bil hal dengan menzahirkan rasa simpati terhadap kesakitan yang dideritai pesakit disamping mewujudkan suasana penghidupan Islam yang indah kerana amalan ziarah menziarahi ini dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan diri kepada ALLAH SWT. Program ini juga diharapkan dapat melahirkan individu yang sentiasa bertanggungjawab, dedikasi dan sentiasa menyemai sifat ihsan terhadap sesama insan yang ditimpa musibah.

Semoga program sebegini akan dapat menyemarakkan lagi rasa kasih sayang dan prihatin hubungan sesame Islam. Jalinan kerjasama dan jambatan penghubung antara JAWI dan Hospital Pusrawi ini diharapkan akan sentiasa berkekalan bukan sekadar ziarah malah boleh dipertingkatkan dengan melaksanakan program-program lain tidak kira untuk pesakit ataupun kakitangan hospital sendiri.

pus2 pus3
pus4 pus5
pus7 pus6


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah, 
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel