05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

GAPS1

1 September 2015 (Selasa) – Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL) telah menerima kunjungan Lawatan Rasmi Delegasi ‘International Senior Journalist Seminar 2015’ dengan kerjasama Institute of Strategic and International Studies Malaysia serta East-West Center, Amerika Syarikat.

.

Para peserta adalah terdiri daripada pakar penulis jurnal antarabangsa daripada beberapa negara seperti Afghanistan, China, Mesir, India, Iran, Iraq, Kuwait, Pakistan, Palestin, Filipina, Amerika Syarikat dan Malaysia. Antara majalah yang diwakili oleh para delegasi yang hadir ialah The New York Times, South Reviews Magazine, The Times of India, The Express Tribune, Al-Ayyam Newspaper, The Manilla Buletin, Foreign Policy DC, Religion & Ethics News Weekly DC dan The Huffington Post New York City.

.

Para delegasi pada jam 3.15 petang telah disambut oleh Ketua Pentadbir Masjid, Ustaz Mohd Faisal Bin Tan Mutallib bersama para kakitangan Masjid dan sukarelawan MJBKL. Tujuan lawatan rasmi ini adalah untuk mengetahui dengan lebih dekat sejarah tapak dan senibina Masjid, disamping melihat dan memahami bagaimana Islam diamalkan di Malaysia dengan cara yang muhibbah dan wasatiyyah. Para delegasi juga telah berpeluang mendapat pengalaman melihat bagaimana solat asar didirikan secara berjemaah serta laungan azan yang mempunyai nilai spiritual dan tauhid yang amat tinggi dan mulia.

.

Sesi perbincangan meja bulat antara MJBKL bersama para delegasi telah membincangkan beberapa isu agama dan kesannya kepada dunia Islam antarabangsa serta apa tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh semua pihak bagi memberikan impak positif dan harmoni kepada situasi pada hari ini.

.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Islamic Outreach ABIM Center dan Islamic Care Rivert Support iaitu Badan Bukan Kerajaan yang banyak membantu dan meyokong segala usaha dakwah termasuklah dalam menjayakan siri lawatan ini. Para delegasi yang telah meluangkan masa lebih 2 jam di MJBKL menzahirkan rasa terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di atas usaha murni menyelaras dan mentadbir institusi Masjid serta menjadikan ia sebagai wadah kepada penyatuan dan keamanan. Semoga Allah SWT terus melimpahkan barakah dan pertolongan kepada semua pihak yang membantu.

 

GAPS2 GAPS3
GAPS4 GAPS5
GAPS6 GAPS7

 


Disediakan Oleh:
Masjid Jamek Bandaraya,
Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel