05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


TPO

24 Ogos 2015/ 9 Zulkaedah 1436H: YBhg. Tuan Haji Yaakub Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI telah membuat kunjungan ke Pejabat Pentadbiran Pusat Zon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula pada 8 Ogos 2015 (Pusat Zon 2), 11 Ogos 2015 (Pusat Zon 4), 17 Ogos 2015 (Pusat Zon 5), 19 Ogos 2015 (Pusat Zon 1 & Zon 6) dan berakhir pada 24 Ogos 2015 ke Pusat Zon 3. Kunjungan ini adalah bersempena lantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang baru. Kunjungan ini turut diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah dan pegawai/ kakitangan Bahagian Pengurusan Kariah (ibu pejabat JAWI).

.

Pada setiap sesi kunjungan tersebut, beliau berkesempatan beramah mesra bersama-sama pegawai/ kakitangan Cawangan Masjid & Surau (Pusat Zon), Bahagian Pengurusan Kariah JAWI di samping dapat mendengar taklimat berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Pusat Zon dan pengurusan masjid/ surau yang telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Kanan Pusat-Pusat Zon.

.

Peluang bersua muka dan beramah mesra bersama YBhg TPO JAWI tidak dilepaskan oleh pegawai/ kakitangan Pusat-Pusat Zon untuk bertukar pandangan dan pengalaman bersama beliau. Banyak perkongsian pengalaman yang menarik daripada beliau yang boleh menyuntik semangat dan motivasi kerja kepada semua pegawai/ kakitangan Cawangan Masjid dan Surau. Pada setiap kunjungan, YBhg TPO JAWI mengingatkan kepada semua pegawai/ kakitangan supaya sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan berintergriti serta sentiasa menjaga hubungan baik antara Jawatankuasa Masjid/ Surau dan Jemaah masjid.

  
Zon 1 Zon 2 TPO
Zon 3 Zon 4
Zon 5 Zon 6 - Copy

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah