05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Menyempurnakan

Pengisytiharan Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur

 4

21 Ogos 2015 (Jumaat)- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khair Bin Haji Baharom (B) telah menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur, bertempat di Surau Jumaat Islahiyah Addiniah yang telah dinaik taraf sebagai Masjid. Majlis dihadiri Sohibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan   YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapan pengisytiharan tersebut, YB. Menteri merakamkan ucapan tahniah kepada pihak JAWI, MAIWP dan Jawatankuasa Kariah Masjid di atas naik taraf Surau Jumaat tersebut kepada Masjid Ibn Abbas. Masjid ini pada asalnya adalah sebuah bangunan kayu yang mula dibina sekitar tahun 1960 an. Pembinaannya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam Taman Ibu Kota dan kini boleh memuatkan jemaah hampir 2000 orang.

.

Di akhir Majlis, YB. Menteri menyempurnakan pengisytiharan dengan menandatangani Plak Pengisytiharan yang disediakan dan turut menyampaikan Dokumen Pengisytiharan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid iaitu YBhg. Tuan Haji Shamsuddin bin Hussain. Setelah selesai Majlis Pengisytiharan, YB. Menteri juga telah menyampaikan khutbah Jumaat, manakala solat jumaat telah diketuai oleh Ustaz Fakrulrazi daripada Pejabat Menteri.

.

Dengan pengisytiharan tersebut, maka secara rasminya Surau Jumaat Islahiyah Addiniah telah dinaik taraf sebagai sebuah Masjid di Wilayah Persekutuan setelah mendapat perakuan dan kelulusan naik taraf daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 1  2
 3  7
8 5

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Kariah

 

 


Cetak   Emel