05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Pembinaan Relau Al-Quran Zull Design Autotronic

4 Ogos 2015 (Selasa) -  Bahagian Penyelidikan JAWI dengan kerjasama Zull Design Autotronic telah menjalankan kerjasama dalam pembinaan mesin relau mudah alih bagi tujuan pelupusan Al-Quran yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu satu taklimat penyediaan relau pelupusan Al-Quran yang telah dipengerusikan oleh Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya telah diadakan di Dewan Syura Perdana (Tingkat 11) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan, YBrs. Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor, para pegawai serta wakil daripada syarikat Zull Design Autotronic Sdn. Bhd.

Sesi taklimat dimulakan dengan penyampaian taklimat reka bentuk mesin relau mudah alih oleh Encik Mohd Syazwan Mohd Nazir dari Zull Design Autotronic, diikuti oleh perbincangan dua hala bagi menambah baik pembinaan mesin yang telah dirancang.

Menerusi penganjuran taklimat ini, diharapkan agar perancangan pembinaan relau pelupusan Al-Quran ini dapat dijalankan dengan jayanya supaya pengendalian dan pelupusan ayat-ayat Al-Quran dilaksanakan secara tertib dan mengikut garis panduan yang ada bagi melindungi ayat-ayat Allah ini dapat dijaga kesuciannya. 

 
TAKLIMAT RELAU ZULL DESIGN 1  TAKLIMAT RELAU ZULL DESIGN 2 
 TAKLIMAT RELAU ZULL DESIGN 3  TAKLIMAT RELAU ZULL DESIGN 4

Cetak   Emel