05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ihya’ Ramadhan Guru-Guru JAWI

 
 

11 Julai 2015 (Sabtu) – Usaha Persatuan Guru Sekolah Rendah Agama (PGSRA) dan Persatuan Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (PERKAFA) telah berjaya menghimpunkan seramai 550 orang guru dalam Program Ihya’ Ramadhan sempena Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan.  Program ini telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Abu Dzar al-Ghifari, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

 

Program bertujuan mengukuhkan nilai mahabbah di kalangan guru SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jalinan ukhwah yang mantap ini mampu menjayakan misi dan visi pendidikan JAWI. Pengisian program ini, antaranya halaqah tadarus al-Quran, majlis berbuka puasa, solat terawih, tilawah al-Quran dari kalangan guru dan qiamullail. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. 

 

 
   

Cetak   Emel