05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengukuhan Profesionalisme Bilal Wilayah Persekutuan

 

 

 1a

10 hingga 13 Nov 2015 (Selasa hingga Jumaat) – Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Profesionalisme Bilal Wilayah Persekutuan. Kursus selama 4 hari 3 malam ini telah diadakan Institut Latihan Islam Wilayah Timur (ILTIM) Besut, terengganu. Seramai 63 orang peserta telah hadir terdiri dari kalangan bilal yang sedang bertugas di masjid-masjid Wilayah Persekutuan.

Objektif kursus ini ialah untuk memberikan pendedahan berkaitan kaedah dan teknik suara serta tarannum dalam laungan azan. Di samping itu, beberapa penekanan yang lain juga diberi perhatian seperti Tauhid, Fiqh, Al-Quran dan Tajwid serta prosedur perkahwinan, cerai dan rujuk.

Seramai 6 orang orang penceramah yang mahir dan berpengalaman dalam bidang masing-masing telah dijemput bagi membimbing para peserta serta membentangkan beberapa modul yang terdiri dari Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Zainuddin Bin Ab Rahman dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM, Ustaz Osman Bin Abu Bakar Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pentadbiran Zon 1, Ustaz Khalid Bin Isa Ketua Imam Masjid Al-Khasyiin Taman Desa Petaling Kuala Lumpur, Ustaz Hassan AlFadhli bin Abd Rahman Ketua Imam Masjid Bukit Aman dan Ustaz Abdul Nasir Bin Ahmad KPP bahagian Pengurusan Masjid

Sesi penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI. 

 1b  1c
 1d  1f
1e 1h

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Masjid

 

 


Cetak   Emel