05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR NUZUL AL-QURAN 1436H/2015: AL-QURAN DIJUNJUNG AS-SUNNAH DISANJUNG

 

 NQ2

 

07 JULAI 2015 | 20 RAMADAN 1436H ( SELASA ) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan SEMINAR NUZUL AL-QURAN 1436H/2015M: “AL-QURAN DIJUNJUNG AS-SUNNAH DISANJUNG” bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program ini dihadiri 1200 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan:-

  • Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta berkaitan penurunan Al-Quran, ilmu-ilmu yang setara menyuburkan minat bagi mendalami dan mempelajari ilmu yang berkaitan Al-Quran sepanjang masa; dan
  • Memberi kefahaman kepada peserta cara pembacaan yang betul dan mengurangkan kesalahan dalam membaca Al-quran mengikut kaedah Rasm Othmani.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Hassan Al-Fadhli bin Abdul Rahman dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).  Seminar ini melibatkan tiga slot cerama utama. Ceramah SLOT PERTAMA membincangkan tajuk “Penurunan Al-Quran” yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Khairul Anuar bin Mohamad, Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), manakala SLOT KEDUA membincangkan tentang “Kesilapan-kesilapan Dalam Pembacaan Al-Quran: Kaedah Rasm Othmani” telah disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Abdul Rauf bin Tan Sri Hassan Azhari, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan SLOT KETIGA disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengupas tajuk: “Tazkiyyah An-Nafs”

Antara isu kupasan seminar adalah: tentang sejarah penurunan al-Quran, makna nuzul al-Quran, tarikh penurunan al-Quran dan peringkat-peringkat penurunan al-Quran.  Manakala SLOT KEDUA pula menjelaskan berkaitan dengan hukum tajwid, wakaf dan ibtida’ serta tanda-tanda bacaan dalam al-quran. Dan untuk SLOT TERAKHIR pula membincangkan tentang pengertian tazkiyyah an-nafs, hijab hati, penyakit terhijab, akibat hati kotor dan cara-cara membersih jiwa.

Semoga ilmu yang dicurahkan oleh para penceramah pilihan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

 NQ10  NQ11
 NQ4  NQ9

 

 

 

 

 

   
   

 

 

 

 

 

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel