05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 1436H/2015

tk9

 

10 JULAI 2015 | 23 RAMADAN 1436H ( JUMAAT ) – Surau Al-Muhajirin yang dipengerusikan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan “Program Tadarus dan Khatam Al-Quran 2015” bertempat di Surau Al-Muhajirin, Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program disertai hampir 150 orang kakitangan JAWI dari pelbagai bahagian bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan penuh barakah dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran secara berjemaah selain mengukuhkan tali silaturrahim sesama kakitangan JAWI dan agensi luar pada masa yang sama.

Program yang bermula jam 9 pagi ini diketuai oleh Y.Bhg Ustaz Yusof Bin Mamat selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Sebanyak 7 kumpulan lelaki dan 8 kumpulan tadarus wanita dibentuk dan setiap kumpulan diberikan 2 juzu' untuk dibaca secara serentak.

Sekitar jam 11 pagi, kesemua kumpulan berjaya menyelesaikan bacaan. Program diteruskan dengan acara Khatam Al-Quran dan Tahlil. Acara penyampaian saguhati mengakhiri program tersebut. Semoga setiap huruf yang dibaca dikira sebagai ganjaran dari Allah selain dapat memperbetulkan mutu bacaan masing-masing.

 

 tk8  tk11
 tk10  tk13
   

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur
 


Cetak   Emel