05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK JAWI

BL PENGARAH KACAU

9 JULAI 2015 | 22 RAMADAN 1436H ( KHAMIS ) – Surau Al-Muhajirin yang dipengerusikan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan “Program Gotong-Royong Bubur Lambuk JAWI” bertempat di Perkarangan Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program disertai hampir 100 orang kakitangan JAWI yang turut digabungkan bersama pihak TV Al-Hijrah bertujuan menghasilkan masakan tradisi Ramadan iaitu Bubur Lambuk secara berjemaah selain mengukuhkan tali silaturrahim sesama kakitangan JAWI dan agensi luar pada masa yang sama.

Program yang bermula jam 8 pagi ini turut melibatkan ketua-ketua bahagian JAWI dan Pengarah JAWI sendiri, Tuan Hj Paimuzi bin Yahya. Tuan Pengarah turut diundang dalam lintas langsung slot Assalammualaikum pada pagi tersebut bersama Pengerusi Eksekutif Tv Al-Hijrah, Datuk Wan Alias Abdullah.

Sekitar jam 2 petang, bubur lambuk telah diagihkan kepada kakitangan-kakitangan JAWI, Tv Al-Hijrah, YADIM, Pejabat Mufti, Jabatan Kesihatan, MAIWP, Baitulmal dan  agensi-agensi berdekatan. Program berakhir pada jam 4.30 petang.

Dalam penghasilan bubur lambuk, pelbagai bahan basah dan kering disatukan untuk menghasilkan bubur yang enak. Begitu juga dalam pekerjaan, "rempah-ratus" kerjasama, persefahaman, idea dan kreativiti, kesepakatan perlu digembleng bersama demi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Semoga falsafah di sebalik bubur lambuk dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

BL7 BL10
BL6 CUN BL PENGARAH2
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel