05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Perhimpunan Bulanan JAWI & Pemberian Sumbangan Aidilfitri 2015M/1436H

Duet IMG 0135

15 Julai 2015 (Isnin) – Seperti biasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan Perhimpunan Bulanan JAWI & Pemberian Sumbangan Aidilfitri 2015M/1436H sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam itu disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI.

Hadir sama ialah Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Operasi) JAWI, Encik Ahmad Rajiun Bin Abu Bakar  (Timbalan Pengarah Pengurusan), Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Tuan Haji Zainul Abidin Bin Mat Noor (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan).

Terdahulu, pihak pengurusan termasuk timbalan-timbalan pengarah dan ketua-ketua bahagian JAWI menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Raya.

Antara agenda utama yang turut dimuatkan sepanjang majlis tersebut berlangsung ialah penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak staf JAWI yang kehilangan ibubapa oleh Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM serta penyampain sijil penyertaan kepada pegawai-pegawai masjid JAWI yang akan mengikuti kursus di Mesir.

Dalam pada itu, Tuan Haji Paimuzi juga turut memaklumkan bahawa sumbangan aidilfitri akan turut diberikan kepada kakitangan sokongan yang berpendapatan kasar RM2,200 ke bawah pada pertengahan bulan Ogos. Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman.

Duet IMG 0153 Duet IMG 0143
Duet IMG 0140 Duet IMG 0152
Duet IMG 0262 Duet IMG 0146
Duet IMG 0249 Duet IMG 0321

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel