05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TADARUS PERDANA BERSAMA ASNAF AR-RIQAB

 kds1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Sime Darby, Yayasan Ihtimam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Tadarus Perdana Bersama Asnaf Ar-Riqab di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang, Selangor pada 27 Jun 2015 yang lalu.

Peserta program seramai hampir 1000 orang ini mengumpulkan golongan terpinggir serta anak-anak yatim dan penghuni rumah-rumah kebajikan sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif utama program ini adalah menghayati bacaan al-Quran serta bimbingan tajwid oleh pelajar-pelajar Darul Quran JAKIM. Selain itu, beberapa rumah kebajikan dan NGO terpilih telah menerima geran daripada MAIS serta sumbangan Ramadhan.

Bagi lebih memaknai Ramadhan, para peserta dan jemputan telah disajikan dengan ceramah bertajuk Ramadhan: Antara Syukur dan Kufur oleh PU Suhaimi. Para peserta diingatkan berkenaan segala nikmat yang diperolehi secara percuma daripada Allah SWT seperti udara untuk bernafas serta nikmat iman dan Islam.

Para peserta dijamu dengan hidangan iftar dan makan malam selain cenderahati bagi setiap individu. Setiap peserta yang pulang berasa dihargai oleh agensi-agensi yang berkaitan selain berpuashati dengan ilmu berkaitan Ramadhan dan ilmu al-Quran yang diberikan.

kds2 kds3
kds4 kds6
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel