05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BICARA ISLAMOFOBIA: MAAFKAN DAKU AL-QUDS

is14

30 JUN 2015 │13 Ramadhan 1436H (Selasa) – Buat julung kalinya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah bersama Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAMIYAH) telah menganjurkan Program Bicara Islamofobia: Maafkan Daku Al-Quds bertempat di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Majlis diserikan oleh deklamasi sajak yang disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Yaakob Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan Ustaz Yahya Mahyuddin Bin Utoh Said, Ketua Imam Masjid al-Muttaqin.

Empat pembentang pada sesi pagi telah berjaya memberi pendedahan kepada 260 peserta terhadap pelbagai perspektif dalam isu Palestin, menyingkap peranan dan pengalaman pihak berkepentingan dalam isu Palestin. Mereka ialah YBhg. Dr. Raihanah Abdullah (Pesuruhjaya IPHRC dari Malaysia), YBhg. Dr. Mohd Fawzi Zakaria (Universiti Malaya), YBhg. Tuan Haji Jamoliddin Elias (Yayasan Amal Malaysia), YBhg. Tuan Haji Mustapa Mansor (Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia). Sesi dimoderatorkan oleh Ustaz Kamal Azad (JAMIYAH).

Forum “Maafkan Daku al-Quds” pada sesi petang pula bertujuan membincangkan tajuk “Maafkan Daku al-Quds” bagi menempah persekitaran strategik bagi membela golongan tertindas Palestin dan dunia Islam amnya pada masa hadapan. Forum yang menampilkan YBhg. Prof Madya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (Universiti Malaya) dan YBhg. Prof Dr. Kamaruzzaman Yusoff (Universiti Teknologi Malaysia, Skudai) ini dimoderatorkan oleh Ustaz Nik Muhd Marzuki Hj. Muhd Nor ini (JAWI). Kedua-dua sesi tersebut banyak dikemukakan soalan dan syor yang berkisar tentang isu-isu Palestin dan dunia semasa.

Program sehari ini dirasmikan oleh Y.Brs. Tuan Haji Paimuzi Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir menyampaikan ucapan aluan ialah YBhg. Tuan Haji Isemaail Bin Basri, Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAMIYAH).

Dalam ucapan spontannya, Pengarah JAWI menyatakan mengenai keperluan JAWI menyumbang usaha dalam menangani isu-isu ummah yang berlarutan ini melalui suatu solusi atau cadangan gerak kerja yang terperinci dan tidak hanya berhenti sekadar suatu program kesedaran semata-mata.

Kertas/ Slide pembentangan:

 

is1  is4 
 is2  is6
 is7  is3
 is12  is11
is5   is13

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel