05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Taklimat Dan Penyampaian Tauliah Pelantikan Imam Ratib Dan Pembantu Bilal Masjid/Surau Jumaat Wilayah Persekutuan

AbeZul1

 

30 Jun 2015 (Selasa) Bahagian Pengurusan Kariah JAWI telah mengadakan Majlis Taklimat dan Penyampaian Tauliah Pelantikan Imam Ratib dan Pembantu Bilal Masjid/Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis telah diadakan di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana Kuala Lumpur.

 

YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Paimuzi bin Yahya telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan amanat dan menyempurnakan penyampaian Tauliah Pelantikan ini. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Operasi,  Haji Yaakob Bin Abdul Rahim,  Ketua Penolong Pengarah  Bahagian Pengurusan Kariah Abdul Nasir bin Ahmad, serta Penyelaras-Penyelaras Pusat Zon.  

 

Dalam ucapan dan amanatnya beliau menggesa para Imam Ratib dan Pembantu Bilal agar dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan amanah serta sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dalam bacaan ayat Al-Quran, azan, penyampaian khutbah serta hukum hakam Islam. Mereka turut digesa untuk sama-sama membantu pihak JAWI menjaga nama baik institusi masjid dan surau di kariah masing-masing. Seramai 17 orang Imam Ratib dan 13 orang Pembantu Bilal yang bertugas di Masjid dan Surau Jumaat telah diberikan tauliah pelantikan rasmi yang berkuatkuatkuasa bermula 1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2018.

 

AbeZul2 AbeZul3
AbeZul4 AbeZul5
AbeZul6 AbeZul7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel