05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Pengarah JAWI Ke Labuan

 HAH7070

8 JUN 2015 (Isnin)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan buat pertama kalinya bagi tahun 2015 telah menerima kunjungan lawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) YBhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya pada 5 sehingga 7 Jun 2015.

Sempena lawatan yang penuh bersejarah ini, YBhg Pengarah telah  menyampaikan sijil Anugerah Penghargaan Cemerlang (APC) JAWI 2014 dan Sijil Simpanan Premium kepada warga Jawi Labuan yang telah mendapat Anugerah Penghargaan Cemerlang (APC)  JPM 2014.

Pada keesokan harinya, YBhg Pengarah telah merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan Labuan 2015 yang telah menghimpunkan jawatankuasa kariah masjid dan surau, imam dan bilal Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Mini Auditorium, Anjung Budaya, Taman Damai, Kg. Layang Layangan.

Didalam pertemuan tersebut, YBhg Pengarah telah menyampaikan amanat yang amat berguna untuk panduan semua warga JAWI Labuan, ahli jawatankuasa masjid dan surau serta imam dan bilal.

Seterusnya, YBhg Pengarah telah melawat beberapa beberapa tempat bagi melihat tahap pelaksanaan projek pembaikan dan penyelenggaraan yang telah dilaksanakan. Antara lokasi tersebut ialah Masjid Jamek Layang-Layangan, SRAI Al-Hidayah Layang- Layangan, Tanah Perkuburan Islam (TPI) Kg. Sungai Labu Dan Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah.

Para pegawai dari Bahagian Pembangunan JAWI juga turut hadir bagi memberikan taklimat mengenai kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan yang telah dilaksanakan.

Pihak JAWI Labuan juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada YBhg Pengarah diatas lawatan dua hari ke Wilayah Persekutuan Labuan dan adalah diharapkan semoga dengan lawatan tersebut akan membakar semangat semua warga JAWI Labuan untuk bekerja dengan lebih giat lagi bagi memberikan khidmat kepada seluruh masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan. 

 

 

IMG 4666  IMG 4695 
 IMG 4738  IMG 4768
 IMG 4806  IMG 4852

 

 


Cetak   Emel