05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEMBARA MUNAJAT SYABAB SIRI 6/2015

MSZ21

 

12 & 13 Jun 2015 (Jumaat dan Sabtu) – Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Zon 2 telah mengadakan Program  Kembara Munajat Syabab Siri 6/2015 bertempat di Masjid Amru  Ibn Al-'Ass Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur.

Program ini telah disertai remaja yang terdiri dari kalangan remaja dalam kawasan kariah masjid-masjid di bawah Pusat Zon 2. Program ini dibantu oleh 20 orang fasilitator yang terdiri dari kalangan pegawai dan  kakitangan Pusat Zon 2 yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah, Ketua Imam Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar, Sentul.

Di antara pengisian program ialah Forum Bersama Pencetus Ummah Yusof Bin Arbain dan En. Mahadi Mohd Ismaei’ly, Latihan Dalam Kumpulan, Qiamullail dan Tazkirah Subuh bersama Ustaz Shahrizan Bin Daud At-Turabi, Muryid Imam Muda Musim Pertama. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Transformasi Anak Muda yang turut membantu melancarkan perjalanan program.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil program telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Mohamad Fazli Bin Zain, Pegawai Penyelaras Zon 2.

 

MSZ22 MSZ23
MSZ24 MSZ25
MSZ26 MSZ27


Disediakan Oleh:                                                                                                                              Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel