05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pertemuan dua Wilayah: Lawatan Kerja Pendaftar dan Penolong Pendaftar JAWI Labuan ke BPPK

 IMG 1666 lawatan JAWI Labuan 2
 

9 Jun 2015 / 22 Syaaban 1436H (Selasa)– Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan kerja daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Pernikahan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam daripada JAWI, Cawangan Labuan. Seramai lapan orang pendaftar dan penolong pendaftar daripada JAWI, Labuan diketuai oleh Ustaz Sazali Ridthouddin bin Shahbudin, Penolong Pengarah Kanan, JAWI Labuan telah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga pada jam 11.30 pagi. Lawatan ini bertujuan berkongsi maklumat dan pengalaman pengurusan nikah, cerai dan ruju’ antara dua wilayah serta perbincangan isu –isu semasa yang berkaitan.

 

Wakil daripada Bahagian Perkahwinan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah memberi taklimat berkaitan operasi dan pengurusan pernikahan, perceraian, dan ruju’ di Kuala Lumpur manakala wakil daripada JAWI Labuan pula telah mengutarakan pelbagai isu yang dihadapi di JAWI Labuan dalam menguruskan pernikahan, perceraian, dan ruju’ di sana. Perbincangan isu-isu yang diutarakan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana penyelesaian terhadap isu-isu tersebut dapat dibincangkan bersama-sama.

 

Lawatan kerja yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara JAWI Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur selain dapat memudahkan urusan-urusan berkaitan pada masa akan datang.

IMG 1670 lawatan JAWI Labuan 5 IMG 1668 lawatan JAWI Labuan 4
IMG 1667 lawatan JAWI Labuan 3 IMG 1664 lawatan JAWI Labuan 1

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel