05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN MUHIBBAH AGENSI ISLAM NEGERI SABAH KE MASJID AL-GHUFRAN

 

LMAS01

.

MASJID AL-GHUFRAN - 11 Jun 2015 - Lawatan muhibbah telah diadakan daripada Ketua-ketua Agensi Islam Negeri Sabah ke Masjid Al-Ghufran bersempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 1435H/2015M. Rombongan ini diketuai oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Turut mengiringi rombongan ini S.S Datuk Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Kehadiran rombongan ini telah diraikan oleh YBhg. Datuk Hj. Hassanuddin bin Ali, Pengerusi Masjid Al-Ghufran, Tuan Hj. Abd. Nasir Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah JAWI, Ustaz Hazman Bin Che Mohamed, Pegawai Penyelaras Kanan Zon 6 JAWI, barisan AJK dan Kakitangan Masjid Al-Ghufran.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk Hj. Hassanuddin bin Ali, Pengerusi Masjid Al-Ghufran dan tayangan video berkenaan pembangunan dan aktiviti Masjid Al-Ghufran. Disusuli dengan ucapan balas daripada YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Program lawatan yang bermula pada 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati. 
   
YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah dan rombongan kemudian dibawa melawat serta meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di Masjid Al-Ghufran.

 

LMAS2 LMAS3
LMAS4 LMAS4
LMAS01 LMAS6


Disediakan Oleh:                                                                                                                             Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6,
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel