PROGRAM KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI 3/2015
28 Mei 2015 / 10 Sya’ban 1436 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 3/2015bertempat di bilik mesyuarat, aras 2, Kompleks Pusat Islam,JAWI. Program tersebut bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam12.00 tengahari. Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan telah hadir untuk mendengar penerangan Akta 303 daripada YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor. YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah menjelaskan akta 303 secara terperinci mengikut seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta tersebut serta isu-isu semasa yang berkaitan. Dalam perbincangan kali ini, penceramah telah menjelaskan tentang mas kahwin, hantaran, dan pemberian semasa akad nikah serta kesan pensyariatan mas kahwin. Program ini dapat memberikan pemahaman yang jelas berkaitan peruntukan-peruntukan Akta 303 kepada kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan dalam mengendalikan urusan nikah, cerai dan ruju’ di Wilayah Persekutuan selain mendapat maklumat yang tepat dalam memastikan pengendalian semua operasi dan perkhidmatan pengurusan nikah, cerai dan ruju’ adalah selari dengan peruntukan-peruntukan Akta 303. |
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
JAWI, Kuala Lumpur