05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI 2/2015

 IMG 6760

30 April 2015 / 10 Sya’ban 1436 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 2/2015bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Kompleks Pusat Islam,JAWI. Program tersebut bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam12.00 tengah hari.

Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan telah hadir untuk mendengar penerangan Akta 303 daripada YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie, Negeri Selangor.

YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah menjelaskan akta 303 secara terperinci mengikut seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta tersebut serta isu-isu semasa yang berkaitan. Dalam perbincangan kali ini, penceramah telah menjelaskan tentang Seksyen 1 dan Sesksyen 2 Akta 303 berkaitan dengan tafsiran “Akta Pentadbiran”, “anak dara”, “baligh”, “balu”, “bermastautin”, “darar syarie”, “duda”, “Enakmen Pentadbiran”, “fasakh”, “Hakim Mahkamah Rayuan Syariah”, “Hakim Syarie” atau “Hakim”, “harta sepencarian”, “Hukum Syarak”, “iqrar”, “janda”,  dan “kariah masjid”.

Program Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) akan diadakan lagi pada siri yang berikutnya untuk meningkatkan lagi kefahaman kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan tentang undang-undang yang digunapakai dalam mengendalikan urusan berkaitan nikah, cerai, dan ruju’ di Wilayah Persekutuan.

 
IMG 6764 IMG 6767
 IMG 6768  IMG 6811

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel