05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 1/2015

              IMG 6780

26 Februari 2015 / 7 Jamadilawal 1436 (Khamis)– Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 1/2015bertempat di bilik mesyuarat, aras 2, Kompleks Pusat Islam,JAWI. Program tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan telah hadir untuk mendengar penerangan Akta 303 daripada YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor.

Dalam program siri pertama ini, YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah menjelaskan secara ringkas tentang sejarah penggubalan undang-undang Keluarga Islam di Malaysia dan latar belakang Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. YAA Dr. Haji Mohd Na’im telah menjelaskan bahawa selaras dengan peruntukan dalam senarai 2 Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang berkaitan kekeluargaan Islam merupakan perkara-perkara yang diletakkan dalam urusan negeri dan bukan Persekutuan. Justeru itu, setiap negeri menggubal undang-undang keluarganya yang berasingan dan berbeza antara satu sama lain. Kesan daripada ketidakseragaman itu, Kerajaan Persekutuan telah cuba mengwujudkan satu model undang-undang yang diseragamkan ke setiap negeri dan beberapa contoh undang-undang keluarga sedia ada telah diambil. Antara undang-undang yang menjadi rujukan ialah Akta Memperbaharui Undang-undang(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang dikuatkuasakan pada 1 Mac 1982 kepada orang-orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, pengubahsuaiannya telah dibuat agar sejajar dengan prinsip dan hukum Islam. Undang-undang Keluarga Islam bagi lain-lain negara juga turut diambil seperti undang-undang daripada Singapura, Mesir, India dan Pakistan. Tindakan ini merupakan tindakan yang wajar dalam usaha mewujudkan keseragaman undang-undang antara negeri-negeri.

Penjelasan yang diberikan oleh YAA Dr. Haji Mohd Na’im tentang sejarah undang-undang keluarga Islam ini telah menarik minat para peserta untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang akta 303 secara terperinci kerana peserta-peserta yang terlibat menjalankan tugas yang berkaitan secara langsung dengan akta 303 ini. Program ini akan diadakan lagi pada siri berikutnya dengan kupasan yang lebih mendalam  mengikut seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta 303.

 
IMG 6778 IMG 6773
 IMG 6759  IMG 6775 - Copy

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel