05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 2/2015

 IMG 1346 prog pemantapan ilmu NCR 1

12 Mei 2015 / 23 Rejab 1436H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 2/2015 bertempat di  Surau Al-Muhajirin, JAWI, Kuala Lumpur.

Program ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 pagi dan telah disampaikan oleh YBhg. S.S Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini telah dihadiri oleh pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Seramai 47 orang peserta telah menyertai program ini. YBhg. S.S Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri telah memberi penjelasan tentang zihar, lian dan ila’ serta isu-isu yang berkaitan. Peserta juga bertanya tentang isu-isu semasa berkaitan zihar, lian, dan ila’. Program ini memberi banyak manfaat kepada peserta dan mendapat sambutan dan respon yang baik daripada mereka.

 
 IMG 1356 prog pemantapan ilmu NCR 3  IMG 1358 prog pemantapan ilmu NCR 4
 IMG 1359 prog pemantapan ilmu NCR 2  IMG 1361 prog pemantapan ilmu NCR 5

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel