05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENYAMPAIAN KHUTBAH BERKESAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2015

 

KPKB1

26-28 Mei 2015 (Selasa-Khamis), 2 & 4 Jun 2015 (Selasa & Khamis)  – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Penyampaian Khutbah Berkesan secara bersiri di lima buah masjid terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus yang dijalankan oleh Cawangan Khutbah Dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah ini melibatkan 24 orang peserta bagi setiap siri yang terdiri daripada Imam-Imam Masjid di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik dan cara penyampaian khutbah dengan lebih berkesan melalui sesi ceramah dan juga sesi latihan penyampaian khutbah sebagai satu medan latihan kepada mereka untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti penyampaian khutbah.

Kursus ini bermula di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong pada 26 Mei 2015, diikuti dengan Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Setapak dan Masjid Jamek Bandaraya Jalan Tun Perak pada 27 dan 28 Mei 2015. Kursus diteruskan di Masjid Abd Rahman bin Auf Jalan Puchong pada 2 Jun 2015 dan berakhir di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju pada 4 Jun 2015.

Semasa sesi latihan penyampaian khutbah, para peserta telah mendapat banyak teguran membina dan  juga tunjuk ajarmengenai cara penyampaian khutbah yang lebih baik daripada para fasilitator yang terdiri daripada panel penyemak teks khutbah Jawi dan Imam-imam yang berpengalaman.

Para peserta juga telah diberikan sijil penyertaan pada penghujung setiap siri kursus yang diadakan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus.

 

KPKB2 KPK3
KPKB4 KPKB5
KPKB6 KPKB7


Disediakan Oleh:                                                                                                                         Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel