05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Komunikasi Rumahtangga OKU Cacat Pendengaran

20150510 092043

10 Mei 2015 | 21 Rejab 1436H (Sabtu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLDS), Persatuan Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL) dan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah menganjurkan Seminar Komunikasi Rumahtangga kepada Orang Kurang Upaya Cacat Pendengaran bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Program yang telah dirasmikan oleh YBrs. Us. Baharuddin Idris, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI melibatkan peserta OKU Cacat Pendengaran dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seramai 120 orang.  Program diadakan rentetan masalah sosial dan rumahtangga yang melibatkan golongan minoriti ini. Fokus utama seminar adalah kepada kesedaran dan menerapkan pengetahuan asas berkenaan dengan hak anak-anak, isteri dan suami dalam rumahtangga yang disampaikan oleh Ybhg. Af. Abdul Halim bnin Zakaria serta bagaimana untuk menghadapi masalah atau konflik rumahtangga dan kaedah mendidik anak-anak yang telah disampaikan oleh Af. Tuan Haji Norazman bin Amat.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada para peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

20150510 091931 IMG-20150513-WA0016
IMG-20150513-WA0010 IMG-20150513-WA0014


Disediakan Oleh:                                                                                                                    
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel