05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Menggilap Sinar Kepimpinan Remaja OKU Cacat Penglihatan

PERASMIAN 7

15-17 Mei 2015 | 26-28 Rejab 1436H (Jumaat-Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah mengadakan Program Kem Kepimpinan kepada Belia OKU Cacat penglihatan bertempat di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Program yang melibatkan peserta seramai 40 orang belia OKU yang berumur bawah 40 tahun  dari sekitar Kuala Lumpur telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program yang bermula jam 3.00 petang pada 15 Mei 2015 dan berakhir jam 1.00 petang pada 17 Mei 2015 merupakan aktiviti yang julung kalinya diadakan khusus kepada belia OKU Cacat penglihatan. Fokus utama program adalah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan kepada geberasi belia, melatih belia dalam aspek perancangan dan pelaksanaan program dan memupuk semangat kepimpinan dalam diri setiap belia sehingga dapat melahirkan generasi pelapis kepimpinan organisasi OKU yang berkarisma dan professional serta mempunyai jati diri muslim yang dinamik.

Program 3 hari 2 malam yang sarat dengan aktiviti out door dan indoor ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada OKU cacat penglihatan.  Antara aktiviti outdoor yang para peserta lalui adalah senaman, merentas halangan, water confident, berakit di kolam, night walk dan flying fox. Manakala aktiviti indoor pula adalah ceramah, pembentangan, LDK, tazkirah dan Qiamullail. Mereka sangat teruja dan telah menyahut cabaran semua menyertai aktiviti lasak yang disediakan dengan jayanya.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Us. Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

RIADAH RIADAH 2
QIAMULLAIL RENTAS HALANGAN 8
WATER CONFIDENT PERASMIAN


Disediakan Oleh:                                                                                                                    
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel