05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 1/2015

 

 IMG 1350 prog pemantapan ilmu NCR 2
 

12 Mac 2015M / 21 Jamadilawal 1436H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Pemantapan Ilmu Munakahat kepada Pendaftar-Pendaftar dan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Siri 1/2015 bertempat di  Surau Al-Muhajirin, JAWI, Kuala Lumpur.

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan telah disampaikan oleh YBhg. S.S dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini telah disertai oleh pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Seramai 75 orang peserta telah menyertai program ini. YBhg. S.S Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri telah menjelaskan permasalahan tentang ruju’ dan isu-isu yang berkaitan dengan ruju’. Program ini mendapat sambutan dan respon yang baik daripada pendaftar dan penolong pendaftar dan akan diteruskan pada siri yang berikutnya.

IMG 1360 prog pemantapan ilmu NCR 7 IMG 1359 prog pemantapan ilmu NCR 5
 IMG 1358 prog pemantapan ilmu NCR 4  IMG 1355 prog pemantapan ilmu NCR 3

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel