05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kembara Bermotor Bersama Remaja

JR5

29 dan 30 Mei 2015M/ 11 dan 12 Sya'ban 1436H (Jumaat & Sabtu): Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300 km/j telah menjayakan Program Jaulah Dakwah & Kem Remaja Ulul Albab bertempat di Masjid Al-Muqarrabin,Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. Program berjaya mengumpul seramai 150 remaja dan kanak-kanak dari sekitar kawasan Bandar Tasek Selatan dan seramai 40 buah penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300kmj.

Program ini bertujuan memberi kesedaran dan meningkatkan kefahaman Islam dalam pembentukan syakhsiah ummah khususnya remaja. Program dakwah bil  lisan dan bil hal yang telah diadakan ini juga dalam usaha membina hubungan dan mengeratkan ukhuwwah Islamiah antara agensi kerajaan dan badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam . Program ini merupakan platfom menangani masalah sosial khususnya di Wilayah Persekutuan.

Antara pengisian yang telah didedahkan adalah "Pemantapan Akidah" dan "Kemanisan Berukhuwwah" yang dikendalikan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Dalam program ini juga, para peserta diberi peluang menaiki motosikal berkuasa tinggi bermula dari perkarangan masjid Al-Muqarrabin sehingga ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bersama Kelab motosikal berkuasa tinggi 300kmj. Mereka telah berjaya mengedarkan risalah dan 'goodies' kepada orang awam di sekitar TBS. Ketua Skuad Bikers "Abang Zam" turut berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan dalam aktiviti bermotosikal kepada para peserta. Perkongsian ini amat signifikan dalam membentuk persepsi positif peserta terhadap aktiviti tersebut agar tidak terjerumus dalam aktiviti kurang sihat. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Alfadhil Ustaz Yusof Bin Mamat selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah. 

 

JR1 JR3
JR6 JR12
JR8 JR11


Disediakan Oleh:                                                                                                                    
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel