05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEMBARA MUNAJAT SYABAB SIRI 5/2015

MSZ61

 

28 & 29 Mei 2015 (Jumaat dan Sabtu)Pusat Pentadbiran Zon 6 bersama Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq telah mengadakan Program Kembara Munajat Syabab SirI 5/2015bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar, Kuala Lumpur.  

.

Kembara Munajat Syabab bermatlamat sebagai pendedahan kepada remaja mengenai kelebihan dan rahsia menunaikan solat berjemaah di Masjid disamping dapat memupuk rasa sayang mereka untuk mengimarahkan Rumah Allah. Inilah diantara resepi kejayaan bagi seorang pelajar.

.

Program yang diadakan selama 2 hari ini, telah menarik minat seramai 250 orang terdiri dari golongan remaja pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan penduduk tempatan. Pelbagai pengisian yang telah diatur antaranya Slot Sayangnya Tuh Disini, Qiamulail, Senaman Aerobik dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh Mahasiswa/wi Akademi Pengajian Islam UM. 

.

Majlis perasmian Kembara Munajat Syabab ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Ibrahim Bin Thambychik, Ahli Lembaga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merangkap Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Turut serta dalam majlis perasmian ini, YBrs Tuan Haji Abd Nasir Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah JAWI dan Ustaz Hazman Bin Che Mohamed, Pegawai Penyelaras Kanan Zon 6 JAWI. Program bersurai pada pukul 11.00 pagi dengan sesi penyampaian cenderahati kepada peserta dan kumpulan terbaik sepanjang program ini berlangsung.

 

MSZ62 MSZ63
Sinopsis20154 MSZ65
Sinopsis20156 Sinopsis20157


Disediakan Oleh:                                                                                                                              Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel