05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bicara Islamofobia: Orde Baru Ummah Antara Ektrimisme Agama dan Hegemoni Barat

 IS4

28 Mei 2015M/ 10 Sya'ban 1436H (Khamis): JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah menjayakan Bicara Islamofobia: Orde Baru Ummah Antara Ektrimisme Agama dan Hegemoni Barat pada hari ini di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Bicara ini bertujuan untuk memperkukuhkan sikap positif untuk menempah order baru ummah tanpa ektremisme agama dan hegemoni Barat dan mendapatkan syor mengenai tindakan selanjutnya yang wajar dipertimbangkan oleh pihak berkepentingan.

Program ini mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, IKRAM Siswa Universti Malaya dan Majlis Belia Malaysia serta disokong oleh Middle East Research Group (RP013A-13HNE), Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, dan Bahagian Kounter Terrorisme Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.

Bicara sesi pagi berjaya menarik perhatian para peserta memikirkan secara serius mengenai “Orde Baru Ummah Antara Ektremisme Agama & Hegemoni Barat”. Sesi yang menampilkan empat tokoh pemikir, iaitu Y.Bhg. Prof Madya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (UM), Y.Bhg. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (PDRM), Y.Bhg. Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusof (UTM) dan Y.Bhg. Prof. Dato’ Muhammad Abu Bakar UM) dimoderatorkan oleh Y.Bhg. Ustaz Baharuddin Idris (JAWI). Mereka mengupas secara tuntas mengenai empat tema utama, iaitu Ektremisme Rentas Agama & Tamadun, “Negara Islam Iraq dan Syria” (ISIS), Hegemoni Barat Dari Iraq Ke Yaman dan Menempah Order Baru Ummah: 100 tahun Selepas Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.

Forum Anak Muda pada sesi petang pula mengajak anak muda untuk berkongsi fikiran mengenai “Orde Baru Ummah: “Benarkah Dunia Islam Menolak Ektremisme Agama & ISIS?”. Forum dimoderatorkan oleh Saudara Muhammad Erfan Razeeq Ahmad Mohni (PMUM) ini menampilkan tiga panelis muda, iaitu Saudara Jufitri Joha (MBM), Saudara Siraaj Muneer Abdul Karim (IKRAM SISWA Nasional), Saudari Wan Nor Syamimi Wan Sajiri (APIUM). Kedua-dua sesi tersebut menarik minit peserta dan banyak dikemukakan soalan yangh berkisar mengenai isu semasa dunia hari ini.

Program yang diadakan sehari ini  dirasmikan oleh Y.Brs. Tuan Haji Paimuzi Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir menyampaikan ucapan aluan ialah Prof. Dato' Dr.Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

 

is1  IS2 
 IS3  IS5
 IS6  IS7

Teks dan Gambar oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

JAWI


Cetak   Emel