05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 3/2015

 

upmj1

22 MEI 2015 | 04 REJAB 1436H (JUMAAT) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 3/2015  bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. Program ini dihadiri 80 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO’s)  di Wilayah Persekutuan.

Kupasan tajuk “Institusi Keluarga Bahagia Ke Arah Kecemerlangan Prestasi  Kerja” telah disampaikan dengan begitu terperinci oleh penceramah terkenal tanahair Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Pengarah Urusan Fazakkir Resources. Beliau turut aktif di lapangan latihan & penulisan dakwah.

Intipati ceramah beliau dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama: "Keluarga Bahagia Tingkatkan Prestasi Kerjaya". Antaranya menyentuh berkenaan kecemerlangan dalam hidup perlu bermula dari institusi keluarga. Beliau juga meletakkan petunjuk prestasi ummah berdasarkan Taqwa, Akhlak dan Itqan (kesungguhan). Mengambil Rasulullah saw sebagai contoh tauladan, sewajarnya pemimpin ummah, perlu terlebih dahulu berjaya memimpin 'orang rumah'. Bahagian ke dua pula menyentuh pengisian "Rumahtangga yang Bahagia". Memetik makna Surah ar-Ra'du ayat 28, antara cara meraih kebahagian adalah dari dalam ke luar iaitu dengan mengingati Allah melalui ibadat seperti solat, zikir dan sebagainya. Implikasi zikir bakal membentuk jiwa kehambaan, rasa bertuhan, faham takdir dan dapat menghayati setiap hikmah di sebalik takdir. "Jangan dicari kebahagiaan dalam rumahtangga, bawalah bahagia dalam rumahtangga" itu antara petikan kata-kata menarik beliau.

Siri berikutnya bagi program yang sama akan diadakan pada 31 Julai 2015 (9.00 hingga 11.00 pagi) dengan tajuk "Fiqh Kontemporari" oleh Prof Madya Dr. Anisah Bt Ab. Ghani. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta khususnya dalam usaha meningkatkan produktiviti dan nilai integriti penjawat awam.

 

 

upmj7  upmj4 
 upmj3  upmj8

 

 

Teks dan Gambar oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH, 

 


Cetak   Emel