05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR) 2015

 GambarUtama
 

24 Mei 2015 (Ahad) : Pejabat Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6, JAWI dengan kerjasama Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur telah menganjurkan Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR) 2015. Temasya yang berlangsung selama 2 hari ini bermula dari 23 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015 bertujuan untuk mendekatkan masyarakat setempat terutama dari kalangan generasi muda bagi bersama-sama mengimarahkan masjid.

Temasya ini mendapat kerjasama penuh dari MAIWP dan rakan strategik Masjid Ar-Rahman iaitu Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pelbagai pihak turut menjayakan temasya ini antaranya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Sahabat YADIM Universiti Malaya, Ikram Siswa UM, Munsyid Malaysia dan lain-lain lagi.

Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan sepanjang temasya tersebut antaranya Pentas Idea Siswa, Talk Show, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Video Pendek Dakwah, Car Boot Sale, Riuh Rendah Kompang, Bengkel dan Pertandingan Nasyid serta pelbagai gerai jualan.  Dianggarkan seramai 1500 orang telah menjayakan program tersebut terdiri dari masyarakat setempat dan mahasiswa dari pelbagai IPTA dan IPTS seperti dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR) 2015 telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut YBhg. Prof. Dato’ Dr. Amin Bin Jalaludin, Naib Canselor UM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Zulkifli Bin Yusuf, Pengarah Akademik Pengajian Islam UM, YBhg. Datuk Ibrahim bin Thambychik, Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai dan YBrs. Ustaz Hazman Bin Che Mohamed, Pengerusi Masjid Ar-Rahman merangkap Penyelaras Kanan Pusat Zon 6, JAWI.

 

 

2  8
 4 10
6

Cetak   Emel