05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M

RasmiMTQK IMG 0024

20 April 2015 (Isnin)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah bersama-sama menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 Tahun 1436H/2015M yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 6 Rejab 1436H bersamaan 20 hingga 25 April 2015. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tuan rumah kepada program tahunan kali ini yang diadakan bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, JAWI.

Seramai 28 orang peserta yang diwakili oleh 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dari semua negeri di Malaysia telah menyertai dan akan bertanding di dalam majlis berprestij yang bakal berlangsung selama enam hari berturut-turut.

Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia ini menggambarkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian.

Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 ini adalah bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Majlis telah disempurnakan pembukaannya oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada penganjuran kali ini, semua peserta akan diwajibkan membaca al-quran secara bertaranum dengan dua (2) lagu yang ditetapkan secara berturut-turut dan ia hanya akan diketahui oleh peserta ketika proses pengundian ayat. Perkara ini telah ditetapkan oleh juri hakim dan semenangnya ia satu perkara yang agak mencabar bagi peserta. Tujuannya supaya semua peserta akan lebih mendalami ilmu-ilmu tarannum di dalam al-Quran dan pastinya akan memberi nilai tambah kepada peserta yang akan menjadi johan MTQK ini.

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), YBhg. Datuk Othman Bin Mustapha (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Albakri (Mufti Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).

RasmiMTQK IMG 0008 RasmiMTQK IMG 0021
RasmiMTQK IMG 0043 RasmiMTQK IMG 0040
RasmiMTQK IMG 0056 RasmiMTQK IMG 0068

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

 


Cetak   Emel