05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M

21 April 2015 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58 bermula pada 20hb– 25hb April 2015. Seramai 1000 orang hadir dalam seminar tersebut, yang telah diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, JAWI.

Seminar ini bertujuan memberti kefahaman terhadap pentingnya al-Quran sebagai panduan hidup manusia yang menjamin keberkatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Salah faham terhadap kandungan kitab Allah ini akan membawa manusia ke jalan yang tidak mendapat redha Allah.

Sebanyak dua kertas kerja telah  dibentangkan iaitu bertajuk Generasi al-Quran: Pemacu Transformasi Ummah dan Membangun Kemahiran al-Quran Kepada Anak-Anak. Penghujung seminar telah diadakan forum khas atas tajuk Faham Jihad: Tafsiran Sebenar al-Quran.  Panel Forum terdiri daripada Dr. Nik Md Saiful Azizi bin Nik Abdullah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Insp. Wan Ruzailan bin Wan Mat Rusoff, Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman.

Seminar al-Quran ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu YBhg Dato’ Othman bin Mustapha.

 

  


Cetak   Emel