05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjungan Deligasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ke JAWI

 

 

17 April 2015 (Jumaat) – Seramai 12 orang pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri  Sabah dan 8 orang Pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kehadiran rombongan ini  telah diraikan oleh  Timbalan Pengarah Operasi Ustaz Che Hussain bin Isa bersama Pegawai –pegawai Bahagian Pelajaran. Rombongan ini  diketuai oleh En Mohd Adnan Rosdin Bin Hj Mohd Arff iaitu Timbalan Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah. Manakala Wakil KPM diketuai oleh  En Rosdi bin Yaakob ,Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Guru KPM.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melengkapkan kertas kerja pembangunan Pendidikan Islam di negeri Sabah disamping menjalinkan ukhuwwah dan kerjasama dengan pelbagai Jabatan Agama Negeri.

Lawatan selama sehari ini  telah diatur dengan taklimat dan soal Jawab berkaitan pendidikan di SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan pada sebelah pagi. Pada sebelah petang pula rombongan ini telah dibawa melawat Sekolah Rendah Agama Saidina Uthman Ibni Affan di Bandar Tun Razak  Cheras  dan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain di Masjid Azzubair Ibnu awwam. Keseluruhannya para peserta lawatan berpuas hati dengan agenda yang disediakan.


Cetak   Emel