05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Talaqqi Al-Quran Bersama Tenaga Pengajar Timur Tengah

 

BPTK1

17 April ( Jumaat ), Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Kariah telah mengadakan  Program Talaqqi Al-Quran bersama Tenaga Pengajar Timur Tengah bertempat di Surau Jumaat Medan Idaman,Setapak. Program sebanyak 10 siri itu  yang bermula 27 Mac lalu bertujuan mewujudkan rasa cinta kepada Al–Quran dengan kaedah bersemuka ( bertalaqqi) khasnya bersama Tenaga Pengajar Timur Tengah.

Sebanyak 200 orang peserta yang terdiri di kalangan imam,bilal dan masyarakat awam  di dalam pentadbiran Pusat Zon 2,JAWI telah mengambil bahagian pada kali ini. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dibimbing oleh guru-guru dari Timur Tengah. Peserta yang mengikuti program ini berpeluang secara langsung memperbetulkan  bacaan mengikut kaedah dan sebutan Arab.

Sepanjang 10 siri itu,tradisi menimba ilmu Al – Quran seperti yang dilakukan oleh generasi terdahulu secara bertalaqqi ini dapat menarik ramai anak kariah mempelajarinya. Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa bangga dengan mempelajari teknik sebutan dan bacaan yang betul mengikut lahjah Arab dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan kariah,JAWI Ustaz Abdul Nasir bin Ahmad. 

 

BPTK2 BPTK3
BPTK4 BPTK5
   

 
Disediakan Oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel