05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengukuhan Profesionalisme PPMZ Dan Guru Takmir Wilayah Persekutuan

TWP151

 

8 – 10 April 2015 (Rabu – Jumaat) - Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Pengukuhan Profesionalisme PPMZ Dan Guru Takmir Wilayah Persekutuan bertempat di HIG Hotel, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 30 orang guru-guru takmir yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah Persekutuan.

 

Objektif kursus tersebut adalah untuk memastikan setiap PPMZ dan Guru Takmir memahami kehendak dan hasrat Jabatan dalam melaksanakan pengajian takmir di Wilayah Persekutuan serta berkongsi maklumat dan pengalaman dalam melaksanakan kelas pengajian takmir di Wilayah Persekutuan.

 

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah yang mewakili Pengarah JAWI.

 

 

TWP152 TWP153
TWP154 TWP155
TWP156 TWP157
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel