05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM TOT SUKARELAWAN SOSIAL ISLAM Siri 1/2015

 

p1

 

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL), Pertubuhan Amal Firdausi Wilayah Persekutuan dan Selangor (PAFI) dan Global Community Club (GCC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan program TOT Sukarelawan Sosial Islam pada 4 April 2015 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan bengkel Training of Trainers (TOT) bagi melatih dan mendidik para sukarelawan Muslim bagi menjalankan tugas terhadap sasaran Komuniti Disayangi (gelandangan, pesakit HIV/ AIDS, maknyah, pekerja seks dan penagih dadah). Peserta program ini terdiri daripada 38 orang peserta dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Objektif program ini adalah memberi kefahaman terhadap maksud kesukarelaan dan kemanusiaan, selain melahirkan sukarelawan yang berinisiatif dan mampu membuat keputusan terbaik dalam setiap aktiviti kesukarelaan yang dijalankan. Justeru, melalui program ini, para peserta telah diberi kefahaman berkaitan sasaran Komuniti Disayangi, kaedah temu seru (outreach) serta menjalani praktikal temubual golongan sasaran gelandangan sekitar Puduraya, Kuala Lumpur.

Melalui pendidikan dan praktikal dalam program ini, para sukarelawan lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia kesukarelaan pada masa akan datang. Diharapkan para sukarelawan Muslim ini akan menjadi pemangkin kepada usaha dakwah jabatan ini terhadap sasaran Komuniti Disayangi.

  p2
  p3
  p4


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel